Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Saya cuma ingin kongsikan kelebihan berselawat kepada Rasul..
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Dimana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu akan sampai kepadaku."
(Riwayat al-Tabrani daripada Husain bin Ali r.a)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat pangkatnya 10 darjat."
(Riwayat Ibn Abi Syaibah)
Antara kelebihan-kelebihan berselawat kepada Rasul ialah:
-selawat menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima oleh Allah. Oleh itu, pembuka dan penutup doa mestilah mengandungi selawat.
-boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
-jaminan untuk mendapat rahmat Allah didunia dan akhirat serta syafaat Nabi s.a.w
-menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
-selamat daripada huru-hara hari kiamat
-salah satu amalan yang paling utama
-tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas daripada penghisaban yang rumit.
-menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu.
-dikasihi Nabi s.a.w dan mendapat turut serta mendampingi Baginda s.a.w disyurga.
-kehidupan didunia penuh ketenangan dan bahagia manakala kehidupan diakhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan sesuai dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud "sesungguhnya mereka yang paling utama di hari kiamat bagiku ialah yang paling banyak selawat untukku."
Akhir kata
Keringkanlah lidah anda dari umpatan dan cacian..
Dan basahkanlah lidah anda dengan zikrullah dan bacaan al-Quran.
Betulkan saya jika saya salah..wassalam
No comments:
Post a Comment