Maksud hadis:
Daripada Abdullah bin Umar R.H berkata Rasulullah S.A.W memegang bahuku seraya bersabda: "jadikanlah dirimu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara". Ibnu Umar berkata, "Apabila kamu berada pada waktu petang,janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu."
(Riwayat Al-Bukhari)
bekalan yang terbaik untuk kehidupan di akhirat ialah taqwa. taqwa bermaksud melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan segala larangannya.
pesanan Rasulullah S.A.W didalam hadis tersebut :
- Gunakan peluang untuk beramal ketika sihat
- Rancang / Urus masa dengan bijak
- Jangan membazir masa
- Jangan melengahkan kerja
- Banyakkan ibadat sebagai bekalan sebelum mati
- Berpegang kepada al-Quran dan al-Hadis
No comments:
Post a Comment