Tuesday, September 30, 2014

kelebihan berselawat

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Saya cuma ingin kongsikan kelebihan berselawat kepada Rasul..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :
"Dimana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu akan sampai kepadaku."
(Riwayat al-Tabrani daripada Husain bin Ali r.a)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat kepadanya sebanyak 10 kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat pangkatnya 10 darjat."
(Riwayat Ibn Abi Syaibah)

Antara kelebihan-kelebihan berselawat kepada Rasul ialah:
-selawat menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima oleh Allah. Oleh itu, pembuka dan penutup doa mestilah mengandungi selawat.
-boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
-jaminan untuk mendapat rahmat Allah didunia dan akhirat serta syafaat Nabi s.a.w
-menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
-selamat daripada huru-hara hari kiamat
-salah satu amalan yang paling utama
-tiket untuk mudah masuk syurga dan terlepas daripada penghisaban yang rumit.
-menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu.
-dikasihi Nabi s.a.w dan mendapat turut serta mendampingi Baginda s.a.w disyurga.
-kehidupan didunia penuh ketenangan dan bahagia manakala kehidupan diakhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan sesuai dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud "sesungguhnya mereka yang paling utama di hari kiamat bagiku ialah yang paling banyak selawat untukku."

Akhir kata
Keringkanlah lidah anda dari umpatan dan cacian..
Dan basahkanlah lidah anda dengan zikrullah dan bacaan al-Quran.

Betulkan saya jika saya salah..wassalam

Monday, September 29, 2014

7 sunnah Rasulullah s.a.w yang perlu diamalkan

Assalamualaikum..cuma ingin kongsikan amalan-amalan Rasullulah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita..antaranya amalan- amalan tersebut ialah :
1. Solat tahajjud
2. Membaca al-Quran
3. Solat jemaah di masjid
4. Sedekah
5. Solat dhuha
6. Jaga wudhu
7. Beristighfar pada setiap masa

Sama-sama lah kita amalkannya. Sesungguhnya diri ini masih lemah iman dan masih banyak yang perlu belajar.. insyaallah sama sama perbaiki diri kearah yang lebih baik.aminn..wassalam

Friday, September 26, 2014

6 pesanan Imam Ghazali

1. Yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini : mati

2. Yang paling jauh dari kita di dunia ini : masa lalu

3. Yang paling besar di dunia ini : nafsu

4. Yang paling tajam di dunia ini : lidah

5. Yang paling ringan di dunia ini : tinggal solat.

6. Yang paling berat di dunia ini : amanah.

Thursday, September 25, 2014

7 Kedahsyatan Ayat Kursi

1. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila terbaring di tempat tidurnya, Allah s.w.t mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya sehingga subuh.

2. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam perlindungan Allah s.w.t hingga solat yang lain.

3. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah s.w.t memelihara akan dia keatas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah s.w.t menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

5. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah s.w.t mengutuskan 70,000 malaikat kepadanya. Mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi diakhir solat Allah s.w.t akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7. Barangsiapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah s.w.t berkenan memberi pertolongan kepadanya.

♡ CINTA ♡

Cinta kepada Allah dengan ketaatan,
Cinta kepada Rasul dengan keperibadian mulia,
Cinta kepada jihad dengan perjuangan,
Cinta kepada makhluk dengan mentaati Allah,
Mencontohi Rasul dalam berperibadi dan sentiasa hidup dengan perjuangan yang pastinya menagih pengorbanan.

5 Petua Senang Hati

1. Latih hati sentiasa bersangka baik terutama dengan Allah.
2. Latih hati sentiasa ingat, Allah memberi pahala kepada kita setiap kali kita diumpat.
3. Latih hati sentiasa bergantung dengan Allah dan tidak terlalu mengharapkan manusia.
4. Latih hati sentiasa bersyukur dengan nikmat dari Allah.
5. Latih hati sentiasa memaafkan kesilapan orang lain dan sentiasa memohon ampun dari Allah.

MOTHER

M is for the millions things she gave me
O means only that she's growing old
T is for the tears she shed to save me
H is for her heart of purest gold
E is for her eyes, with love-light shining
R means right, and right she'll always be
Put them together, they spell MOTHER..

pesanan Rasulullah s.a.w

Orang yang cerdik adalah orang yang mampu menaklukkan hawa nafsunya dan melakukan persiapan setelah kematian. Sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan mengharapkan pertolongan Allah.

Sunday, September 7, 2014

orang beriman kekasih ALLAH

Maksud Hadis :

Daripada Abu Hurairah berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman : sesiapa yang memusuhi waliku, Aku isytiharkan perang ke atasnya. Tiada amalan untuk mendekatkan diri kepadaku yang lebih aku sukai selain daripada amalan yang aku fardukan. Hambaku yang mendekatkan diri kepadaku dengan sentiasa melakukan amalan sunat (disamping amalan-amalan wajib), Aku lebih mengasihinya. Apabila aku mengasininya,pendengarannya, penglihatannya, tangannya yang digunakan untuk memegang dan kaki yang digunakan untuk berjalan semuanya berdasarkan keredhaan dan kawalanku. Jika dia meminta kepadaku, Aku akan memperkenankannya dan jika dia memohon perlindunganku, Aku akan melindunginya.

                                                                                                                      (Riwayat Al-Bukhari)

Wali Allah S.W.T bermaksud manusia biasa yang beriman,bertaqwa,istiqamah melakukan perintah Allah S.W.T, menjauhi larangan Allah S.W.T zahir dan batin.

antara amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah S.W.T :
-solat
-puasa
-zakat
-haji
-umrah
-berdoa
-berzikir
-solat sunat
-bersedekah
-ziarah-menziarahi
-membaca al-Quran

kehidupan di dunia ibarat seorang perantau

Maksud hadis: 

Daripada Abdullah bin Umar R.H berkata Rasulullah S.A.W memegang bahuku seraya bersabda: "jadikanlah dirimu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara". Ibnu Umar berkata, "Apabila kamu berada pada waktu petang,janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu."

                                                   (Riwayat Al-Bukhari)


bekalan yang terbaik untuk kehidupan di akhirat ialah taqwa. taqwa bermaksud melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan segala larangannya.

pesanan Rasulullah S.A.W didalam hadis tersebut :
- Gunakan peluang untuk beramal ketika sihat
- Rancang / Urus masa dengan bijak
- Jangan membazir masa
- Jangan melengahkan kerja
- Banyakkan ibadat sebagai bekalan sebelum mati
- Berpegang kepada al-Quran dan al-Hadis