Monday, March 9, 2015

~untukmu sahabat~

kadang-kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi  sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

kadang-kadang sahabat rajin bekerja, bukan kerana meraka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

kadang-kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang disekeliling mereka.

kadang-kadang sahabat yang sukarela membantu kita, bukan keran mereka berhutang tapi sebab mereka lihat kita kita sebagai seorang sahabat.

kadang-kadang sahabat yang selalu SMS dan WHATSAPP anda, bukan kerana mereka tidak ada benda lain nak buat tapi sebab mereka ingat pada anda.

satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.
hari berganti hari, bulan, tahun,
hingga hubungan ini menjadi asing.

satu hari anak-anak kita terjumpa gambar kita dan bertanya,
"siapakah mereka semua tu?"

dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG INDAH DALAM HIDUP SAYA."

TERIMA KASIH SAHABAT..

No comments:

Post a Comment