Sunday, November 30, 2014

Akhlak Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum..
Akhlak Nabi Muhammad s.a.w (Biografi lengkap Nabi Muhammad s.a.w oleh Dr. Sayyed Muhammad b Alawi Al-Malik)

1. Baginda selalu diam
2. Berbicara ketika perlu
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tapi padat
4. menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara
5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah s.w.t)
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'
7. Berfikir terus menerus
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu.
12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya.
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
16. Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. malah Baginda memaafkan dan berlapang dada.
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan Allah .s.w.t.
19. Apabila menghadapi dua perkara, Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
20. Di rumah, Baginda adalah manusia yang membasuh pakaian, memerah susu dan membuat sendiri segala keperluan diri.
21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut dan peramah.
23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
24. Tiga perkara yang dijauhi : perselisihan, congkak dan segala yang tidak diperlukan.
25. Tidak pernah mencela dan memaki orang lain.
26. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
28. Perbicaraannya memukau ke siapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

No comments:

Post a Comment