Sunday, November 30, 2014

Akhlak Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum..
Akhlak Nabi Muhammad s.a.w (Biografi lengkap Nabi Muhammad s.a.w oleh Dr. Sayyed Muhammad b Alawi Al-Malik)

1. Baginda selalu diam
2. Berbicara ketika perlu
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tapi padat
4. menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara
5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dalam kebaikan dan terlepas dari azab Allah s.w.t)
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'
7. Berfikir terus menerus
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yang ada kaitan dengan urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu.
12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya.
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka.
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata.
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas.
16. Tidak pernah berteriak-teriak di pasar.
17. Tidak pernah membalas kejahatan dengan kejahatan. malah Baginda memaafkan dan berlapang dada.
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain untuk berjihad dijalan Allah .s.w.t.
19. Apabila menghadapi dua perkara, Baginda memilih yang paling mudah selagi ia bukan dalam perkara maksiat.
20. Di rumah, Baginda adalah manusia yang membasuh pakaian, memerah susu dan membuat sendiri segala keperluan diri.
21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir.
22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dengan mudah, lemah lembut dan peramah.
23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak-teriak, lebih-lebih lagi mencela orang lain.
24. Tiga perkara yang dijauhi : perselisihan, congkak dan segala yang tidak diperlukan.
25. Tidak pernah mencela dan memaki orang lain.
26. Tidak pernah mencungkil rahsia orang lain.
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yang menjanjikan pahala.
28. Perbicaraannya memukau ke siapa pun yang mendengarnya lalu terpegun seolah-olah ada burung melintas di atas kepala mereka.

Sunday, November 16, 2014

5 Petua Wajah Berseri

assalamualaikum.. untuk hari ini saya ingin berkongsi petua untuk wajah berseri.. antaranya :

1.  Amalkan membaca "Ya Qawiyyu"
(Maksudnya Wahai Yang Maha Kuat)
selepas memberi salam kedua, selepas solat.

2.  Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur.

3. Gunakan tiga jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.

4. Berselawat tiga kali dan tiup ke atas bedak setiap kali sebelum berbedak dan berdoa :
" Ya Allah serikanlah wajahku agar setiap yang memandang berasa senang denganku "

5. Membaca doa ketika melihat cermin
" Ya Allah sebagaimana Kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku."

10 Amalan Murah Rezeki

1. Berpagi-pagi bangun dan bekerja
2. Berzikir- tasbih 33x , tahmid 33x , takbir 33x
3. Lakukan solat dhuha
4. Banyakkan beristighfar
5. Banyakkan berselawat
6. Tunaikan hajat orang
7. Beri makan haiwan
8. Banyakkan bersedekah
9. Eratkan dan jalin silaturahim dengan berlapang dada dan bermaaf-maafan
10. Amanah, jujur dan ikhlaskan hati dalam bekerja dan berniaga