sahabat??
kenapa dengan tajuk tu??
haa..mesti awak-awak semua ada sahabat kan.. seseorang yang awak percaya, sayang, dan sentiasa ada dalam hati awak-awak semua kan..ehh..dalam hati?? ape ingat buah hati je kene ada dalam hati? kawan pon kena jugak ada dalam hati. selain dari mak ayah kita..
before saya berceloteh lagi lanjut, nak tanya jugak lah ape maksud sahabat bagi korang..??
bagi saya, sahabat ialah orang yang selalu ada dengan kita, tak kira ketika kita senang mahupun susah, jauh atau dekat, sentiasa ada bila kita perlukan dia.. dan sahabat ialah bila kita lihat dia, ia mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. haa, itu lah maksud sahabat bagi saya.. tak gitu kengkawan??
seorang sahabat sejati takkan tinggalkan kita bila kita kesusahan. sentiasa ada dengan kita,. walaupun dia tak dapat membantu kita dari segi material, tapi dengan kehadiran dia yang sentiasa memberi sokongan kepada kita, mampu membangkitkan kembali semangat kita yang dah lemah tu.. itu lah gunanya sahabat..
so macam mana nak ada sahabat yang betul-betul sahabat??
untuk dapat sahabat yang betul-betul sahabat, kita lah yang perlu jadi sahabat kepada orang lain.. yela, macam mana orang nak bersahabat dengan kita jika kita sendiri pun tak nampak bayang bila rakan perlukan kita.. jadi, kita lah yang perlu memulakannya dulu..
disini saya nak kongsikan tips untuk menjadi sahabat yang baik.. saya dapat tips ni pun dari buku muslim teens..penulis nya adalah Ustazah Mardhiyyah.. terdapat 6 tips kesemuanya.. haa, ni saya nak explain satu-satu ye.
tips pertama : mengambil berat.
- kita cukup kenal dengan sahabat kita sehingga kita boleh sedar jika dia sedang rungsing atau tidak sihat. dari Nu'man bin Basyir RA, Rasulullah s.a.w bersabda:
"perumpamaan persaudaraan kaum Muslimin dalam cinta dan kasih sayang sesama mereka adalah umpama satu tubuh. apabila satu anggota tubuh sakit, akibatnya seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur"
(Hadis riwayat Muslim)
tips kedua : baik percakapan
- elakkan dari berbual perkara yang sia-sia bersama rakan atau mengajaknya untuk mengumpat. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam".
(Hadis riwayat Bukhari)
tips ketiga : memaafkan kesalahan
- sekiranya kita terguris hati, maafkanlah sahabat kita, mungkin dia tidak sengaja. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari kiamat."
(Hadis riwayat Ibnu Hibban)
tips keempat : menahan marah
- cuba berlatih sifat sabar dan berlapang dada. elakkan dari menjadi terlalu sensitif dan suka marah-marah. kita pun tidak suka sekiaranya sering dimarahi oleh rakan bukan? Abdullah bin Umar RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w bersabda :
"tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang disukai oleh Allah daripada satu tegukan marah. dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah"
(Hadis riwayat Ahmad)
tips kelima : menolong dalam kesusahan
- jadilah teman sejati dan bantulah dia ketika susah. jangan melarikan diri atau berpura-pura tidak tahu. Anas RA meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Barangsiapa yang mengajar satu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan kebaikan itu, dan Allah menyukai orang yang menolong seseorang dalam kesukaran."
(Hadis riwayat al-Bazzar)
tips keenam : berakhlak mulia
- sekiranya rakan kita berakhlak buruk, janganlah kita membalas perbuatan yang sama. sebaliknya tunjukinya cara untuk berakhlak mulis dengan memberi teladan yang baik. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
"Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya"
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
haa, begitu lah semuanya tips untuk kita jadi sahabat yang baik.. untuk dapatkan yang terbaik, kita perlu jadi yang terbaik.. in shaa Allah.. sama-sama la kita menjadi sahabat yang terbaik buat rakan kita..semoga tips di atas berguna untuk uolls dan selamat beramal..
wassalam