Cerita
1
Suatu hari, Saidina Ali bin Abi Talib
bertarung dengan seorang lelaki Yahudi yang suka menghina Islam. Lelaki itu
diserang bertubi-tubi sampai rebah ke tanah. Waktu itu Saidina Ali tinggal
hendak menusuk saja pedangnya ke tubuh si Yahudi itu untuk menamatkan
riwayatnya. Tapi tiba-tiba.. puuuiiihhhh !! lelaki Yahudi itu meludah ke muka
Saidina Ali.
Daripada
hendak menikam lelaki Yahudi itu, Saidina Ali terus membatalkannya. Lelaki
Yahudi berasa pelik, lantas dia bertanya kenapa Saidina Ali tidak membunuhnya.
Jawab
Saidina Ali : “Memang tadi aku hendak membunuh mu kerana menghina Allah. Aku
lakukannya kerana Allah. Tapi bila engkau meludah kemukaku… maka andai aku
membunuhmu bukanlah kerana Allah lagi, tapi kerana marah.
Kata
kuncinya, MARAH
Passwordnya MENAHAN MARAH
Passwordnya MENAHAN MARAH
Cerita
2
Suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w
bertandang ke rumah Saidina Abu Bakar RA tiba-tiba datang seorang lelaki Badwi.
Dia pergi menemui Saidina Abu Bakar dan memakinya dengan kata-kata kesat.
Namun, Saidina Abu Bakar rileks saja. Dia meneruskan perbincangan dengan
Rasulullah. Melihat hal ini, Rasulullah tersenyum.
Tidak
lama kemudian, si Badwi datang lagi. Kali ini makiannya lebih kasar. Seperti
tadi, Saidina Abu Bakar tidak menghiraukannya. Beliau tetap sabar dan
membiarkan lelaki tersebut menghinanya. Rasulullah terus tersenyum.
Semakin
marahlah si Badwi ini. Untuk ketiga kalinya, dia mencerca Saidina Abu Bakar
dengan cercaan yang lebih menyakitkan. Kali ini, Saidina Abu Bakar tidak dapat
menahan marahnya dan beliau memaki balik si Yahudi itu.
Lalu
terjadilah pertengkaran antara mereka. Melihat insiden itu, Rasulullah terus
bangkit lalu keluar tanpa mengucapkan salam. Saidina Abu Bakar tersedar dan
menjadi bingung. Dia mengejar Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah,
janganlah engkau biarkan aku kebingungan. Jika aku berbuat kesalahan,
jelaskanlah apa kesalahanku”.
Rasulullah
menjawab: “Sewaktu lelaki Badwi itu mencela engkau, dan engkau tidak
melayannya, aku tersenyum kerana banyak malaikatdi sekelilingmu yang akan
membelamu di hadapan Allah. Bila dia datang kali kedua dan mencelamu dan engkau
tetap membiarkannya, maka jumlah para malaikat bertambah. Oleh sebab itu, aku
tersenyum kembali. Namum, ketika yang ketiga kalinya dia mencelamu dan engkau membalasnya
dengan celaan juga, maka seluruh malaikat pergi meninggalkanmu, lalu diganti
dengan iblis yang datang mengelilingimu. Oleh kerana itu, aku tidak ingin
berdekatan dengannya dan aku tidak memberikan salam kepadanya.”
p/s : janganlah kita cepat sangat naik angin ye. sama-sama kita jadi orang yang sabar. marah itu adalah sifat syaitan. peacee..