Monday, February 1, 2016

how to move on????

Assalamualaikum w.b.t..

wahh.. dh lama tak update blog ni. dh bersawang dh..hehe..
sihat ke kengkawan tersayang sekalian? harap semuanya sihat-sihat belake lah ye..

okey untuk entry kali ni adalah tajuk yang kat atas tu lah.. how to move on..
saya yakin lah semua orang pernah bercinta kan. pernah menyayangi seseorang, mencintai nya dan mengharapkan dia akan jadi milik kita. tapi itu just tinggal harapan je bila cinta terputus di tengah jalan, kasih sayang yang diberi disia-siakan, cinta dinodai.. wahh gituu..

well, tak terkecuali, saya pon pernah rasa.
sakit nya bila orang yang kita sayang, kita cinta, dah bertahun-tahun dengan dia, tinggalkan kita.. macam-macam dah kita buat untuk dia, jaga perasaan dia walaupun perasaan kita sendiri tak terjaga. banyak masa yang kita luangkan untuk dia, banyak duit habis untuk beli topap semata-mata nak kol, msg, wasap dia. tapi akhirnya hubungan tu putus. fuhh..rasa macam kaca jatuh atas batu babe. pamm..berderai.. hancur..

lalu bermula lah episod air mata, makan tak lalu, mandi tak basah, tido tak lena, siap nak bunuh diri bagai.. MasyaAllah..Alhamdulillah saya belum sampai tahap nak bunuh diri lagi. haha.. orang takde iman dan dirasuk syaitan je akan buat mcm tu.. Nauzubillaminzalik.. semoga dijauhkan..

ehh panjang pulak bercerita ni.. actually, point sebenarnya ialah nak bagitahu macam mana nak move on.. this is based on my experience la..hehe.. after four year i've been with him, then break off coz of his mistake, a year ago.. lama tu..makan masa untuk lupa semua kenangan..

untuk korang yang cinta tak kesampaian, dicurangi tu, tak payah sedih-sedih sangat okey.. itu just sementara je. anggap lah korang memang takde jodoh. dan yakin lah yang Allah ada perancangan yang baik untuk korang.. haa ni nak share tips cam mana nk move on dan lupakan si dia tu..



1. sentiasa dekatkan diri dengan Allah. how??
solat jangan tinggal. dah solat duduk dulu sekejap, jangan terus bangun. berzikir pada Allah, berdoa agar diberi ketenangan dalam hati. dan bersyukurlah pada Allah, kerana Allah telah memelihara kita dari melakukan perkara-perkara maksiat jika hubungan tersebut diteruskan. baca al-Quran supaya hati lebih tenang lagi..muhasabah diri dengan dosa-dosa yang pernah kita buat.. Alhamdulillah..

2. bersama dengan kawan yang boleh dipercayai.
saya yakin korang mesti ada sahabat masing-masing kan atau kawan yang korang percaya pada dia. ceritakan masalah korang pada dia (jika tak mampu untuk menanggung sorang2).. mungkin kawan korang tu boleh tolong bagi nasihat, bantu korang untuk lupakan dia. sekurang-kurang nya sedih tu tak lama. dan dengan nasihat dari sahabat korang tu mampu buat kan korang untuk bangkit balik selepas dikecewakan.

3. sibukkan diri. how??
buat lah apa-apa kerja yang korang rasa penting like tugasan dari lecturer, study group dengan kawan-kawan.. at least bila korang busy, korang akan lupa kan si dia sebab ada benda lagi penting yang perlu korang buat kan..

4. keluar tenang kan diri..
ada sesetengah orang yang putus cinta akan keluar. tak kesah lah pegi shopping ke, makan-makan ke, pegi taman ke, asalkan keluar. ini pon salah satu cara yang korang boleh guna untuk lupakan si dia. tapi jangan lah keluar sorang-sorang, bahaya. ajak la kawan-kawan korang yang sporting and perangai kelakar tu. boleh la diorang ceriakan korang.

5. jangan dengar lagu jiwang..
haa..yang ni penting.. lagu sedih-sedih jiwang-jiwang ni korang jangan dengar. sebab nanti korang akan bertambah sedih.. lain la mcm saya ni, memang suka lagu jiwang-jiwang ni. rock kapak gitu..haha.. so untuk taknak bagi bertambah sedih, elakkan dengar lagu sedih-sedih ni okey.. dengar bacaan Quran je..gittew..

6. maafkan si dia.. dengan penuh keikhlasan..
memaafkan adalah salah satu part yang paling susah untuk dibuat. yela.. dia yang buat korang patah hati sampai tak lalu makan semua tu. tapi percayalah, dengan memaafkan, korang akan rasa lebih tenang. selagi korang tak maafkan dia, selagi tu hati korang akan merasa marah. benci dan akan timbul nya dendam. tak elok untuk diri kita sendiri.. untuk apa nak marah-marah lagi pada dia. sebelum ni pun dia pernah buat korang bahagia. Allah pon tak suka kita berdendam. maafkan dia dan lepas kan dia dengan penuh kerelaan..

erm rase nye ini je kot yang saya dapat share kan. kalo ada nanti saya tambah.. untuk yang sedang bercinta, cepat-cepat la kawin. takot nanti terjerumus dalam kemaksiatan.. untuk takde pasangan mcm saya ni, jangan sedih-sedih, jangan nangis-nangis.. jangan risau. Allah dah sediakan jodoh untuk kita. tunggu masa dia datang melamar kita jadi yang halal.. yakin dengan Allah.. in shaa Allah..

okey la. jumpa lagi untuk next entry.. tajuk apa tu tak tahu lagi.. okey guys.. hepi-hepi always. keep smiline coz your smile is so beautiful.. jangan lupa solat asar ye. wassalam

Wednesday, October 14, 2015

Pernah terfikirkah kita?


Pernah tak kita terfikir kenapa kita dipertemukan??

Allah mempertemukan kita untuk satu alasan.

Entah untuk memberi atau menerima,
Entah untuk belajar atau mengajarkan,
Entah untuk bercerita untuk mendengarkan,
Entah untuk sesaat atau selamanya,
Entah akan menjadi bahagian terpenting atau sekadarnya.

Semua tidak sia-sia, kerana Allah yang mempertemukan.
Hidup kita saling mengisi, bersinggungan.
Bisa jadi kehadiran kita adalah jawapan diatas doa-doa sahabat-sahabat kita,
sebagaimana mereka juga jawapan bagi doa-doa kita.
Jika sudah menjadi takdir Allah, walau jarak beribu kilometer sekalipun,
kita tetap akan dipertemukan dalam satu ikatan bernama "Ukhuwah".

Disini, selalu membuatku ingin tetap tinggal didalam hati dan doa-doa sahabat.
sampai detik ini kita hebat. Detik berikutnya kita makin hebat.

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah terdapat orang-orang yang bukan Nabi, dan bukan pula Syuhada. Tetapi para Nabi dan syuhaa cemburu pada mereka di hari kiamat nanti disebabkan kedudukan yang diberikan Allah kepada mereka".

"Ya Rasulullah, beritahukanlah kepada kami, siapa mereka?" Ujar sahabat. "Agar kami bisa turut mencintai mereka."

Lalu Rasulullah s.a.w menjawab:
"Merke adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah tanpa ada hubungan keluarga dan nasab di antara mereka. Dem Allah, wajah-wajah mereka pada hari itu bersinar bagaikan cahaya distas mimbar-mimbar cahaya. Mereka tidak takut di saat manusia takut dan mereka tidak sedih disaat manusia sedih."
(HR Abu Dawud)

Dalam hadis lain disebutkan:
"Di sekitar Arasy Allah, ada menara-menara cari cahaya, didalamnya terdapat orang-orang yang pakaiannya dari cahaya, wajah-wajah mereka bercahaya, mereka bukan Nabi atau pun Syahada. Para Nabi dan Syuhada iri kepada mereka".
Ketika ditanya para sahabat:
"Siapakah mereka itu Ya Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w menjawab:
"Mereka lah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling berkunjung kerana Allah."(HR Tirmidzi).

~Muslimahku Sayang..~

Jadi wanita solehah bukan lah khayalan ditengah hari.
Bukan satu angan-angan yang dimimpi-mimpi.
Layak atau tidak semua bergantung kepada diri sendiri.
Jika tiada usaha, maka usah berharap bulan akan jatuh ke riba.
Hanya berserah kepada Allah sama ada kita layak atau tidak untuk menerima anugerah "Wanita Solehah".
Kita yang perlu cari hidayah.
Hidayah tak akan datang dengan sendiri . Semoga istiqomah bakal bidadari syurga.
"walaupun aku tak tutup aurat, tapi aku baik".
Bukan isu baik tak baik, tapi orang yang taat perintah Allah akan menutup aurat.

Pergelangan tangan itu aurat. Nak sinsing lengan baju tu tak salah tapi itu pun kalau anda lelaki. Nak selamat pakai handsock.

Kaki pun aurat. Stokin tak wajib. Nak pakai cardbox atau plastik pun boleh.
Tapi cari la yang warna gelap. Jangan lutsinar.

Tudung tu tak kisahlah nak pakai yang jenis macam mana sekali pun.
hana tajima, pashmina, bawal, shawl, it's up to you muslimahku sayang. 
Tapi Allah suruh tutup dada kan? Apa salahnya labuhkan sedikit. Ini perintah Allah, bukan dari saya.

Baju/ seluar/ kain tu, saya tahu anda masih muda, nak ikut fesyen, nak bergaya. Saya pun perempuan, rasa teringin itu ini. Tapi biarlah menutup aurat dengan sebaik-baiknya. Islam tak melarang kita untuk bergaya asalkan syariat Islam tidak diketepikan.

Maha Suci Allah.
Tepuk dada tanya iman.
Ana, Islam, tudung labuh, jubah. 
Pakaian ikut syariat itu bukannya untuk ustaz/ustaz, student sekolah, pelajar universiti atau aliran agama sahaja. 
Islam itu untuk semua.
Jangan malu untuk tunjuk identiti  Islam kita.
Islam itu indah. Takbir !!

*pesanan buat diri yang sentiasa alpa :'( 

Monday, September 28, 2015

Air Mata 3 Solat






"belajarlah untuk menangis demi kesedaran dan keinsafan, namun dalam melakukan ibadah ini, kalau masih belum mahu mengalirkan air mata, lakonkan juga sehingga benar-benar menangis. semoga dengan itu kita diterima Allah sebagai hamba yang benar-benar insaf".

1. Solat Tahajud
- Dilakukan waktu orang lain masih nyenyak tidur.
- Mampu melembutkan jiwa yang keras.
- Apabila menjadi rutin, hati yang keras boleh mencair lalu mengalirlah air mata kerana Allah.

2. Solat Taubat
- Jika dilakukan oleh orang yang sedar daripada kesilapan lampau akan membuatkan mereka menangis.
- Awas jika selalu melakukan solat taubat tetapi tiada lagi tangisan.

3. Solat Tasbih
- Disunatkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
- Digalakkan sebulan sekali.
- Jika mampu, lakukan seminggu sekali.
- Air mata yang mengalir, tentu besar nilaiannya kerana tangisan itu bukan kerana sesal dan sedih tetapi kerana kagum dengan kehebatan Allah..

Saturday, September 19, 2015

Tudung

Bertudung labuh, tidak semestinya dia ustazah.
Bertudung labuh tidak semestinya dia alim.
Bertudung labuh tidak semestinya dia terlalu baik.

Dia bertudung labuh sebab nak memenuhi perintah agamanya dalam menjaga aurat.
Dia bertudung labuh sebab dah terlalu banyak dosa yang dia buat sebelum dia berhijrah.
Dia bertudung labuh sebab dia sedar dia ISLAM..
Dia bertudung labuh sebab dia sayang abah, mak dan keluarga dia, taknak mereka masuk neraka sebab dia tak jaga aurat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah.
Dia bertudung labuh sebab nak jaga maruah diri dia, taknak dipandang lelaki yang bukan muhrim baginya.

Itulah sebab dia berhijrah dari bertudung singkat ke bertudung labuh.
Dan dia sedang dalam proses untuk istiqamah. Doakan yang terbaik untuk dia.

Thursday, June 18, 2015

sahabat

Assalamualaikum.. sihatkah semua?? macam mana permulaan puasa hari ni? ke dh ada yang ponteng ni..haa ngaku-ngaku..hehe..

sahabat??

kenapa dengan tajuk tu??

haa..mesti awak-awak semua ada sahabat kan.. seseorang yang awak percaya, sayang, dan sentiasa ada dalam hati awak-awak semua kan..ehh..dalam hati?? ape ingat buah hati je kene ada dalam hati? kawan pon kena jugak ada dalam hati. selain dari mak ayah kita..

before saya berceloteh lagi lanjut, nak tanya jugak lah ape maksud sahabat bagi korang..??

bagi saya, sahabat ialah orang yang selalu ada dengan kita, tak kira ketika kita senang mahupun susah, jauh atau dekat, sentiasa ada bila kita perlukan dia.. dan sahabat ialah bila kita lihat dia, ia mengingatkan kita kepada Allah s.w.t. haa, itu lah maksud sahabat bagi saya.. tak gitu kengkawan?? 

seorang sahabat sejati takkan tinggalkan kita bila kita kesusahan. sentiasa ada dengan kita,. walaupun dia tak dapat membantu kita dari segi material, tapi dengan kehadiran dia yang sentiasa memberi sokongan  kepada kita, mampu membangkitkan kembali semangat kita yang dah lemah tu.. itu lah gunanya sahabat.. 

so macam mana nak ada sahabat yang betul-betul sahabat??

untuk dapat sahabat yang betul-betul sahabat, kita lah yang perlu jadi sahabat kepada orang lain.. yela, macam mana orang nak bersahabat dengan kita jika kita sendiri pun tak nampak bayang bila rakan perlukan kita.. jadi, kita lah yang perlu memulakannya dulu.. 

disini saya nak kongsikan tips untuk menjadi sahabat yang baik.. saya dapat tips ni pun dari buku muslim teens..penulis nya adalah Ustazah Mardhiyyah.. terdapat 6 tips kesemuanya.. haa, ni saya nak explain satu-satu ye.

tips pertama : mengambil berat.
  • kita cukup kenal dengan sahabat kita sehingga kita boleh sedar jika dia sedang rungsing atau tidak sihat. dari Nu'man bin Basyir RA, Rasulullah s.a.w bersabda:
    "perumpamaan persaudaraan kaum Muslimin dalam cinta dan kasih sayang sesama mereka adalah umpama satu tubuh. apabila satu anggota tubuh sakit, akibatnya seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur"
    (Hadis riwayat Muslim)
tips kedua : baik percakapan
  • elakkan dari berbual perkara yang sia-sia bersama rakan atau mengajaknya untuk mengumpat. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
    "Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari akhirat, maka hendaklah dia mengatakan kebaikan atau diam".
    (Hadis riwayat Bukhari)
tips ketiga : memaafkan kesalahan
  • sekiranya kita terguris hati, maafkanlah sahabat kita, mungkin dia tidak sengaja. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
    "Barangsiapa memaafkan kesalahan saudaranya yang Islam, Allah akan mengampuni dosa-dosanya pada hari kiamat."
    (Hadis riwayat Ibnu Hibban)
tips keempat : menahan marah
  • cuba berlatih sifat sabar dan berlapang dada. elakkan dari menjadi terlalu sensitif dan suka marah-marah. kita pun tidak suka sekiaranya sering dimarahi oleh rakan bukan? Abdullah bin Umar RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah s.a.w bersabda :
    "tiada satu tegukan yang ditelan oleh seorang hamba yang disukai oleh Allah daripada satu tegukan marah. dia menelan kemarahan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah"
    (Hadis riwayat Ahmad)
tips kelima : menolong dalam kesusahan
  • jadilah teman sejati dan bantulah dia ketika susah. jangan melarikan diri atau berpura-pura tidak tahu. Anas RA meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
    "Barangsiapa yang mengajar satu kebaikan, dia akan mendapat pahala yang sama sebagaimana orang yang melakukan kebaikan itu, dan Allah menyukai orang yang menolong seseorang dalam kesukaran."
    (Hadis riwayat al-Bazzar)
tips keenam : berakhlak mulia
  • sekiranya rakan kita berakhlak buruk, janganlah kita membalas perbuatan yang sama. sebaliknya tunjukinya cara untuk berakhlak mulis dengan memberi teladan yang baik. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
    "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya"
    (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)
haa, begitu lah semuanya tips untuk kita jadi sahabat yang baik.. untuk dapatkan yang terbaik, kita perlu jadi yang terbaik.. in shaa Allah.. sama-sama la kita menjadi sahabat yang terbaik buat rakan kita..semoga tips di atas berguna untuk uolls dan selamat beramal..

wassalam

Wednesday, June 17, 2015

marhaban ya Ramadhan :)

assalamualaikum.. alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya kita bertemu lagi dengan bulan yang penuh kemuliaan ni iaitu Ramadhan. bulan yang menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi mereka yang melakukan kebaikan..

subhanallah. masa saya tengah taip ni, rasa macam nak nangis pulak.huhu.. tak tahu lah kenapa, terasa bahagia, gembira, suka, senang dengan kehadiran Ramadhan kali ni.. Ya Allah..terima kasih untuk rasa ni..

eh eh..cerita pasal perasaan pulak saya ni kan..hehe..

untuk post kali ni, saya nak share amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh kaum hawa yang tengah ber'honeymoon'..hehe.. kita kaum hawa ni kan special sikit.. dapat cuti khas dari Allah.. itu pon kalo dapat lah.hehe.. so saya nak kongsikan dengan semua rakan-rakan saya, amalan yang boleh kita buat memandangkan kita tak dapat nak puasa, so kita cari lah alternatif lain untuk tambah pahala. betol tak??

daripada duk mengumpat tak tentu pasal, marah-marah, gaduh, update status yang bukan-bukan kat laman sosial, lebih baik kita buat perkara-perkara yang berfaedah dan dekatkan diri kepada Allah s.w.t.. eh banyak pulak membebel ni kan..hihi..okey okey..ni amalan-amalan yang kita boleh lakukan..

1. membaca ayat yang telah dihafal untuk menguatkan hafalan terhadap Al -Quran
2. bersedekah
3. dengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran
4. memasak dan sponsor Iftaar
5. menghadiri perhimpunan kajian Islam
6. zikir dan selawat 
7. berbuat baik kepada orang disekeliling kita
8. bersama dengan orang yang selalu mengingatkan kita kepada Allah
9.banyakkan membaca buku

semoga ini dapat memberi manfaat kepada semua. sama-sama lah kita menjadi wanita yang solehah di dunia dan di akhirat. in shaa Allah.. salam Ramadhan al-mubarak..

Wassalam..